Sunday, July 22, 2012

puasa masuk hari ke-dua

kali terakhir aku menulis jika dirujuk ikut 'entry' terakhir blog ni, adalah pada bulan puasa tahun lepas. agak kelakar jugaklah biler masa cubaan untuk menulis kembali ini jatuh pada hari ke-dua puasa tahun ini. lebih kurang 365 hari aku menyepi kan diri dlm aktiviti menulis. adalah dalam sejam dua aku cuma dapat tulis sebaris kata.

macam gampang rasenyer.


Monday, August 8, 2011

dua bungkus air mata miaw nikmat berbuka

hari ini genap seminggu sudah puasa bulan ramadhan. seperti tahun-tahun terdahulu, jalan utama di depan umah aku meriah jadi pesta jualan juadah berbuka seawal jam tiga petang menuju waktu maghrib. sedang aku merambangkan mata tak ketahuan nak beli apa untuk berbuka, diselang seli dengan jamahan mata melihat makwe-makwe, sapaan brader jual air memandang tepat di mata aku.

' brader, air mata miaw brader. dua bungkus tiga ringgit. '




Wednesday, June 29, 2011

ekhibisi buat pemikir artistik



sedang aku belek-belek majalah ' timeout ' bulan julai, mata aku terhenti pada satu helaian. poster exhibisi mirip pada foto yang aku tangkap. ini sudah kira bagus !


' Wayang U-Wei Angkat Saksi '

11th july - 5th september 2011
National Art Gallery.
Kuala Lumpur

empat bulan aku tak bersosial di laman

bila aku tatap balik 'entry' lama, sudah hampir empat bulan rupa'nya aku tak bersosial di laman ini. boleh tahan juga kesibukan aku untuk bulan-bulan terdahulu. bulan yang kehadapan juga semacam tak ada erti maaf untuk segelumit masa bersosial aku.

apakan daya, akan aku cuba curi-curi masa yang ada.

Wednesday, March 23, 2011

Tuesday, March 22, 2011

keluhan minum petang

" sekeping berapa kak? "
" dua hinggit lima puloh sen dik oi "

dengan muka agak kental aku tak jadik belik apam balik yang dah separuh masuk dalam plastik merah. muka mak cik yang menjual pun agak bengang ku lihat dari ekor mata sambil aku berlalu pergi. memperguna hak sebagai seorang pengguna nyata buat aku senyum, saper suruh tak letak tanda harga.

Tuesday, March 15, 2011

brader basikal kaler kuning

hari aku pada amnya dimulai dengan celik pagi yang agak awal. walaupun aku tak perlu bergegas ke kantor produksi, pagi aku akan didominasi dengan aktiviti menyiapkan anak kechil aku ke sekolah dan sesi pak supir untuk anak yang paling kechil ke rumah mak aku yang mana jaraknya dalam sebatang rokok perjalanan. 

takla jauh, tapi kalau berjalan itu pastinya ketiak akan berpeluh lah jugak.

dalam jarak pemanduan berkereta yang memakan masa dalam enam ke lapan minit itu, pagi-pagi aku pasti akan berselisih dengan brader sorang nie. berbadan triple xl, berseluar cerut jenama mizuno dan kekadang cheetah design lama, stok logo besar kat peha. dengan steady meng'ayuh basikal mountain bike kaler kuning keluar seiring dari kawasan perumahan aku. walaupun kayuhan agak perlahan tapi dari amatan aku, agak konsisten lah juga. destinasi, ke arah jalan yang sama aku tuju. kekadang tu buat aku sedar betapa lamanya sudah aku tak bersenam di pagi hari. tabik jugak aku buat brader nie, kental dalam mahu sihat walaupun aku perati, fizikal badannya takder perubahan ketara. untuk stamina dan kardiovaskular mungkin. 

dari rumah mak aku, ada dua cabang jalan untuk pulang. sebelah kiri dan kanan. nak cepat aku selalu ambik kanan. tapi kekadang tuh aku terambik jugak jalan belah kiri, semacam hari ini. bukannya apa, di penghujung jalan belah kiri ni selalu jem. jem sebab orang ramai beratur nak membeli nasik lemak kak nab. nasik lemak sambal sotong yang tanpa ragu termasuk dalam senarai top-ten nasik lemak kegemaran. ini diakui dengan panjang deretan orang yang tunggu giliran nak tapau. nasib tak baik, maunya berdiri sampai 10 minit baru sampai turn. sambil aku pusing stereng keter dengan kelajuan siput, aku nampak brader kayuh basikal tadik baru sampai dan dengan selamba potong que bergaya seolah gerai tuh mak dia yang punyer, -

'kak nab macam biasa nasik lemak 2 bungkus, nasik lebey, sambal sotong lebey, telur lebey, ayam goreng peha satu'  'semalam naper tak bukak? nak mati rasa kayuh basikal, .... sampai-sampai sekalik gerai tutup'