Tuesday, March 15, 2011

brader basikal kaler kuning

hari aku pada amnya dimulai dengan celik pagi yang agak awal. walaupun aku tak perlu bergegas ke kantor produksi, pagi aku akan didominasi dengan aktiviti menyiapkan anak kechil aku ke sekolah dan sesi pak supir untuk anak yang paling kechil ke rumah mak aku yang mana jaraknya dalam sebatang rokok perjalanan. 

takla jauh, tapi kalau berjalan itu pastinya ketiak akan berpeluh lah jugak.

dalam jarak pemanduan berkereta yang memakan masa dalam enam ke lapan minit itu, pagi-pagi aku pasti akan berselisih dengan brader sorang nie. berbadan triple xl, berseluar cerut jenama mizuno dan kekadang cheetah design lama, stok logo besar kat peha. dengan steady meng'ayuh basikal mountain bike kaler kuning keluar seiring dari kawasan perumahan aku. walaupun kayuhan agak perlahan tapi dari amatan aku, agak konsisten lah juga. destinasi, ke arah jalan yang sama aku tuju. kekadang tu buat aku sedar betapa lamanya sudah aku tak bersenam di pagi hari. tabik jugak aku buat brader nie, kental dalam mahu sihat walaupun aku perati, fizikal badannya takder perubahan ketara. untuk stamina dan kardiovaskular mungkin. 

dari rumah mak aku, ada dua cabang jalan untuk pulang. sebelah kiri dan kanan. nak cepat aku selalu ambik kanan. tapi kekadang tuh aku terambik jugak jalan belah kiri, semacam hari ini. bukannya apa, di penghujung jalan belah kiri ni selalu jem. jem sebab orang ramai beratur nak membeli nasik lemak kak nab. nasik lemak sambal sotong yang tanpa ragu termasuk dalam senarai top-ten nasik lemak kegemaran. ini diakui dengan panjang deretan orang yang tunggu giliran nak tapau. nasib tak baik, maunya berdiri sampai 10 minit baru sampai turn. sambil aku pusing stereng keter dengan kelajuan siput, aku nampak brader kayuh basikal tadik baru sampai dan dengan selamba potong que bergaya seolah gerai tuh mak dia yang punyer, -

'kak nab macam biasa nasik lemak 2 bungkus, nasik lebey, sambal sotong lebey, telur lebey, ayam goreng peha satu'  'semalam naper tak bukak? nak mati rasa kayuh basikal, .... sampai-sampai sekalik gerai tutup'

1 comment:

  1. A good father with a hilarious story in de morning :) good life

    ReplyDelete