selera perut mula bangkit pada menu lazim. bibit bibir kering sudah mula rindu manis teh tarik dan kehadiran roti boom banjir berpinggan stainless steel zaman asrama mungkin. melihat pada ketupat sejuk diatas meja yang tak terusik dari hari semalam, iya aku benar-benar rindu dua menu utama yang tersebut di awalan tadi. tanpa ragu-ragu.
TING!
bunyi mesin pembakar roti disusuli dengan aroma. roti bakar aku dah siap. teh tarik dan roti boom aku 'postponed' ke pagi esok.
modus operandi stesen tv pagi ini menjurus kesah 'detain,murder and burn' sosilawati yang dapat diungkai dalam masa kurang dua minggu. tak beraya mungkin sarjan-sarjan misai tebal di kantor, ditemani rendang mangkuk tingkat. bos baru, polisi dan rentak kerja kenalah baru juga. polimik kehebatan polis dengan ketua barunya dijaja dengan tulus di stesen tv kerajaan pagi ini. itu cuma pendapat aku, pendapat lain mungkin beda. baik buruk datang seiring. harap-harap kes sejuk lampau semacam kes kehilangan misteri anak kechil bernama sharlinie akan mendapat keadilan yang sama.
kenapa aku bersikap politikus kedai kopi pagi ini?
bahana minum bersama orang tua kampung mungkin,
bersosial di waktu raya tak mengenal batas umur.
'aku perlukan ekstasi otak'
suara eddie vedder dengan lagu yellowledbetter buat aku kembali kepada diri yang asal. kosongkan minda dengan hal-hal yang bisa difikir oleh orang yang lebih tahu. bukan aku tak mahu atau tak cerdik, tapi menjadi orang yang matang serba serbi lebih molek rasanya.
Even Eddie himself in an interview said the lyrics changce from 1 live performance to another. The gist of the song is the same though
Still possibly the best Pearljam song Ever!
Along with Crazy Mary....
edd vedd memang suka buat lirik ada perkataan wave, ocean, porch. hahaa
ReplyDeletewah bermonigami ala-ala percutian mungkin kamu?
ReplyDelete