sudah agak lama juga aku rasa,
aku tak terpaut melayan siri tv. beda dizaman kechil dahulu, aku adalah peminat setia cerita McGyver dan The A-team. itu tak termasuk cerita ninja sasuke dengan combat. menikmati zaman kechil di tahun itu sememangnya penuh warna warni. mak aku tak buleh nak kata apa, bila aku sanggup bertekak dengan adik kechil aku yang berseterongkol dengan nenek aku untuk melayan cerita opah atau drama melayu lama di slot saluran perdana RTM1 yang sengaja diadakan di waktu yang sama. gampanglah kalau aku nak mengalah.
atas sikap tegar itu juga aku rasa aku berjaya masuk kelas bahasa english aliran kelas satu. kiranya kelas cerdik english la tuh.
lagilah mak aku tak buleh nak kata ape.
lesen separuh besar menjadi milik. walaupun kadang-kadang lesen itu di 'revoke' dengan sewenang wenangnya oleh mak aku juga yang memanjakan adik aku berlebih-lebih. lemak secukup rasa.
saat adik aku menang slot masa depan tv, rasenya, hanya tuhan yang tahu. dulu mana ada internet, astro yang ulang cerita atau website porn. kalau terlepas tengok, kena tunggu lagi tujuh harilah nak tengok balik. yang paling jahanam bila pegi sekolah, semua member-member cerita balik cerita tu, ... gampang.
seingat aku, cerita yang berjaya buat aku tak berganjak aktiviti harian jam 9 malam hari rabu satu waktu dahulu adalah csi las vegas. tapi bila dah keluar 'franchise' dan diulang tayang balik season lama, aku sudah naik bosan. setelah sekian lama, saluran fox 710 astro menjadikan antisipitasi aku didepan kekotak tv kembali bertaut mesra. gara-gara cerita siri 'white collar', aku jadi 'addicted' . sampai habis season satu, aku beralih ke 'onine streaming' melayan season 2. kalau aku ada sepuluh ibu jari, aku dah bagi sebelas. tabik sarjan buat penulis dengan gaya cerita dan karekter yang gampang lazat.
www.sidereel.com (streaming)

No comments:
Post a Comment