Saturday, October 9, 2010

oligo-coco panas lagi satu!

ada apa dengan tarikh?

hari semalam sedang aku belek-belek muka akhbar, keratan iklan mencuri tumpuan mata. 'sijil pendaftaran perniagaan khas sempena tarikh 10.10.2010 + 20.10.2010 - kami dibuka pada hari ahad'. boleh tahan juga strategi marketing SSM. aku gerenti, ulat-ulat di depan tangga eskelator 'the mall' depan PWTC bekerja lebeh masa hari ni. harga servis pun bisa naik dua ke tiga kali ganda. mengalahkan gaji pekerja Mcd di waktu hari raya.

pagi ahad ini juga aku pikir, keadaan trafik kota agak statik. ada tiga ke empat aktiviti larian sekitar segitiga emas kota kuala lumpur. yang paling dominan aku pikir, Nike Inaugural 10 km Run - KLCC Park. yang pasti, keinginan nak turut serta udah aku ketepikan hasrat dua minggu lepas. keinginan untuk memotret aksi peserta juga terbabas beberapa jam yang lalu didorongi faktor bangun lewat dihujung minggu. segelumit rase sesal disusuli dengan secangkir oligo-coco panas dengan kepingan roti sardin buatan tangan isteri. dalam perut aku senyum manis.

tak kurang, ramailah juga yang buat majlis kawin-kawin hari ini. pelakon cerita rem-pit dan angkasawan malaysia tak terkecuali dengan pasangan masing-masing. aku dengar ada live telecast. penuhlah mak-mak korang kongker depan tv malam nanti.

seperti tahun terdahulu, memotret moto gp di sepang juga terpaksa aku lepaskan hari ini. takpalah, mungkin umur aku panjang untuk acara tahun hadapan. aku optimis. nyata pagi hari ini aku bersama isteri dan anak-anak kechil aku. senyum manis dari perut naik ke muka.

oligo-coco panas lagi satu!

No comments:

Post a Comment