Monday, January 3, 2011

'sambal hitam penakluk dunia'


isnin pertama bulan satu tahun baru. otak aku agak sembab untuk berfikir jurus kerja, makanya hari dimulai dengan kerja-kerja yang agak minimal tanpa perlu daya fikir sampai berpeluh. pergerakan juga agaklah perlahan jika dibanding dengan se-ekor anjing yang cergas. aku boleh disamakan dengan se-ekor kucing parsi bulu gebu kelabu yang malas disiang hari.

keadaan cuaca yang mendung tak banyak membantu peralihan keadaan aku waktu itu. kelopak mata kerap kali redup.

'jo, kang dimana? aku nak kasik sambal hitam nie'
'sambal hitam kuala lipis'

sapaan text pagi dari azman berjaya buat ketulaan hari aku lenyap. aku punya matlamat juga akhirnya hari ini. jika sambal hitam itu sebuah persatuan, nyata aku adalah salah sorang majlis tertingginya. terima kasih aku buat azman dan isterinya. sambal hitam / sambal belimbing buluh rebus provinsi kuala lipis kamu adalah PENAKLUK DUNIA.

No comments:

Post a Comment