Thursday, September 2, 2010

lagi seminggu nak raya

hari nie aku terpacul depan 'entrance' jusco seawal jam 9.50 pagi. dengan berbekalkan dua ratus ringgit di tangan, aku tekad untuk beli baju melayu raya baru.

selama empat tahun, aku memakai 'attire' baju melayu warna yang sama untuk dua kali raya dalam setahun. itu belum di campur lagi dengan setiap hari jumaat dan  majlis kenduri kendara. iya, aku memakai baju melayu yang sama. satu-satu nya baju melayu yang aku ada.

hari ini aku menambah koleksi baju raya cap buaya 'crocodile samudera' menjadi dua. siap dapat free boxer brief cap yang sama lagi. sungguh berbaloi aktiviti membeli belah aku pagi ini.

teringat aku kat sahabat aku yang empunya karya dilampir. antara berpuluh koleksi selektif kartunis tembakau yang direstorasi serta berbingkai kayu oleh aku khusus  untuk dagangan.

cetakan kertas gloss + framed kayu putih berkaca
cetakan terhad 50 keping (numbered + signed)
karya cat air, 59cm x 42cm.
projekt restorasi.  karya hak milik terpelihara, 2010.

No comments:

Post a Comment