esok dah raya. jiwa nak sambut melencong kelongkang rasanyer. tuhan mengajar aku erti sabar mungkin. membaca blog rakan-rakan, mengisi masa aku malam ini. semangat untuk hal-hal kerja sudah aku lipat simpan molek bawah katil.
tuhan mengajar aku erti sabar mungkin.
kotak televisi malam ini diselang seli takbir raya dengan drama melayu raya. aku baru lepas layan cerita 'sorok madu', teraju utama jalil hamid si juling air penghibur aku malam ini. boleh tahan juga lawak 'black comedy' nya. (teringat aku masa zaman cerita siri gado-gado ditayang di waktu perdana, lawak jalil hamid dengan ebby yus menjadi bualan esok harinya kat sekolah. dulu mana ada youtube, saper-saper yang terlepas nengok dianggap 'loser' waktu itu) berbalik pada waktu sekarang, aku menonton sambil mencecah lemang dengan rendang buatan bonda diserta dengan segelas teh herbalife. sungguh sihat rasanyer. ayat penyedap hati, sambil mencedok kuah rendang kali kedua.
tuhan mengajar aku erti sabar mungkin.
diplomasi lebih molek dari provokasi, mungkin ada berita gembira di pagi raya nanti. walaupun tipis, tak salah untuk berfikiran optimistik. dalam pada itu, otak bergeliga untuk minimalkan beban dan dugaan. tak salah untuk berusaha. yang penting orang di sekeliling aku dapat menikmati hari esok dengan senyum manis. aku tak apa, belakang kira. (dalam keadaan waras, mahu aku merompak bank rasenyer)
'muse' aku dalam saat meredah dugaan ini adalah cerita bioflick Jacques Mesrine, penjenayah berstatus 'legend' tahun 70'an lakonan Vincent Cassel. cerita gangster ikonik yang mati ditembak dari jarak dekat bertubi-tubi dengan polis di tahun 1979, tahun kelahiran aku. mungkin sebab itu aku menjurus kearah kehidupan berlawan arus. apa beda cerita ini dengan cerita gangster lain? kalau 'scarface' itu orang french, jacques mesrine lah namanya.
'to some, he was a gangster
to others a hero
but to everyone, he was a legend'
' bank heists - 32, top security jails - 4, prison breaks - 4. '
No comments:
Post a Comment