Sunday, March 6, 2011

nasik goreng ikan masin


dulu masa menuntut di zaman bujang, peluang nak masak nasik goreng amatlah tipis. nak membeli sekampit beras beserta adunan pelengkap menu nasik goreng selalunya makan diri bila dah jejak kaki di depan supermarket bersatu jaya; supermarket yang fames waktu itu buat student2 yang tinggal kat taman u, skudai di waktu itu. dulu mana ada jusco. kat situlah tempat yang agak strategik untuk buat-buat terlanggar bahu dengan awek, lantas terbit ucap salam perkenalan. iya, taktik yang agak rempit; tapi di persetujui efektif.

berbalik pada jejak kaki depan supermarket, dek kerana perjalanan dari umah sewa selalunya memakan masa dalam 5 minit pemanduan rempit ke 10 minit pemanduan santai; lazimnya kemahuan itu berjaya di pesongkan dek nafsu. dihujung simpang supermarket, ada satu lagi supermarket. supermarket jalal yang berskala lebih kecik. tarikan utama jalal ni sebab utamanya disebabkan dibahagian hadapan jalal ni terletak port deretan gerai-gerai pisang goreng cicah sambal hitam. salah satu menu minum petang yang terkenal buat warga johor bahru. dibuka seawal jam 2 petang menyusuri senja. selalunya detik jam 5-6 petang adalah waktu ideal sebab masa tuh kuliah dah habis, nak mencuci mata melihat awek berkumpulan, awek gedik, awek pakai tudung, awek contact lens biru, awek amoi, awek amoi seksi, awek amoi jinjang, awek skema, awek rempit, awek anak lord, awek cun, awek tak cun, awek kurus, awek chomel, awek pengkid, awek lesbian, awek ada halkum, awek kontrol ayu, awek orang, mak orang semuanya ada kat situ. pisang goreng 4 ringgit dikongsi empat orang dengan cendol atau air kelapa beserta sekotak rokok selalunya tak akan hampa dihidangkan pemandangan awek-awek yang pelbagai.

berbalik pada jejak kaki depan supermarket, di hujung penjuru yang satu lagi akan nampak warung noor, port makan malam dengan papan tanda kedai warna kuning. port nie femes untuk makan malam masakan thai. purata awek yang datang makan untuk satu malam juga amat menyakinkan. ayat manis terkeluar dari mulut aku, 'kerusi nie ada orang?' geng awek beri senyuman , 'takder, ambikla'. awek yang paling cun dalam gengnya beri jawapan balik. kerusi aku bawak ke meja yang dah penuh dengan budak-budak rumah sewa aku. 'kak, bagi teh o suam, nasik goreng ikan masin satu!'

No comments:

Post a Comment